Monday, May 30, 2011

Banyak cerita




Assalammualaikum semua , sihat ? Aku sihatt jeaa . Hehe . Hope korang sihat jgak lha yaa . Please-2 ! *gilaa . Okayy , sekarang dah pukol 2.24 pagi , aku nak cerita pasal semalam . Wahh , adee ape dengan semalam eak ?
Okayy , act semalam aku and family tgok wayang sampai 3 filem . Banyak ? Haha . Memang pn . But cter nye semua best-2 . Nvm lhaa kan if cter nye bset-2 kalau tak best takde nyee aku nak tgok == HAHA ! Kiteorg tgok wayang tak jauh pn just kat Pontian . Brape org tgok ? Just 7 orang jeaa . Ckit jea kann . Hheee . Fist-2 , dua cter jeaa then , mak aku suuroh tambah lagi satuu . Bapak akuu apee ag tak lepaskan peluang diaa . Beli makanan ringan banyakk gilaa , air coke vanillaa . Haha . Dah mcm kat panggung wayang . Okayy , aku akan tunjuk kan cter yg akuu tgokk . Jap eaa , nak upload pict : ;
Aku Tak Bodoh


jyeahhhh , itu pn pict nyee . Fuhh , adee masalhaa teknikal . Cter niee bestt tauu . Kelakar pn adee . Ia mengisahkan sebuah keluarga yg kaya , mak bapak lupakan tanggungjawab . Kiranyee , anak diaorg di tepikann . Parents diaorg mengharapkan antara satu sama lain untuk jage tingkah laku anak-2 . Tapi , apabilaa salah sorang anak mereka dan kawan nye terjebak dengan penjenayah ibu bapa mereka terlalu marah dan bertindak memukul anak mereka . Roy ialah salah satu anak mereka manakala Sudin  pula kawan baek kepada Roy . Roy penulis blog . Pada suatu seketika , ibu bapa Roy terbaca blog hasil nukilan Roy mengenai kisah hidup nye . Ibu bapa mereka sedar akan kesilapan mereka dan meminta maaf . Akhirnya , mereka hidup bahagia .

Okayy , tuh ringkasan dari cter tuh . Haha . Penat wokk nak tulis semua nyee . Aku pn tak tau yg aku tulis nie betul or salah . Haha . Tibai jea lhaa . If korang nak lebih faham dengan cter nie boleh tgok di YOU TUBE . Cter kedua pula : ;


This is second story . So , let's start our RINGKASAN cter . Hehe . Cter nie seram tauu . Cter nie mengisahkan sebuah produksi membuat shooting di hutan dan semasa pengambaran sedang dijalankan dua orang dirasuk oleh makhluk halus . Salah sorang daripada dirasuk itu berjalan masuk ke dalam hutan dan seorang lagi dibawa kea pangkalan (tempat penginapan) . Tiba di pangkalan , elektrik jadi tak menetu dan ade satu bilik di penuhi dengan tulis yg pelik , tulisan itu jgak menggunakan darah . Tiba-2 perempuan yg dirasuk tadi mengamuk dan membunuh kawan-2 nya sendiri . Seorang demi seorang mati . Mereka ternampak sebuah rumah dan salah seorang krew mereka pergi ke rumah itu untuk dapat bantuan . Ramai yg mati dalam kejadian itu .

So , if korang nak tau selanjutnye lhaa kan , tgok lha cter niee . Tak nak pn takpee , tak pakse pn . Akhir sekali , cter DAMPING MALAM ; :

[Image: dampingmalam.jpg]


Filem Damping Malam mengisahkan WADI dengan isterinya KU KHALIRA  yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH oleh NURAIZA. UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. UMI SIAH sangat menjaga NURAIZA kerana dia tahu keistimewaan yang NURAIDA ada. KU KHALIRA sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. KU KHALIRA dan WADI selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.


Kisah bermula semasa minggu orientasi NURAIZA yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat WADI tetapi ada sedikit kebimbangan buat KU KHALIRA yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah NURAIZA. Selama ini NURAIZA tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka NURAIZA jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, HASNI dan SYARIFAH. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu ERNA dan NADIA yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. NURAIZA belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama HASNI dan SYARIFAH. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan ERNA dan NADIA yang mahu mengenakan NURIZA, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka NURAIZA mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.

Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. NURAIZA saja yang nampak dan ia semakin menakutkan NURAIZA sehingga membuatkan NURAIZA histeria. Bagi ERNA pula itu semua lakonan dan tipu helah NURAIZA untuk tarik perhatian. Sehinggalah ERNA dan NADIA sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. WADI dan KU KHALIRA dimaklumkan, mereka datang dan bawa NURAIZA pulang untuk merawatnya. UMI SIAH terlalu menjaga keselamatan NURAIZA maka tegas tidak benarkan NURAIZA ke asrama semula tetapi WADI tidak setuju. KU KHALIRA sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. NURAIZA beritahu apa yang dia nampak tetapi WADI tidak percaya. Apabila NURAIZA sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak NURAIZA ada di sana.

Apabila NURAIZA tidak ada semula di rumah, rumah WADI tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang NURAIZA lalu, juga menganggu penghuni rumah WADI. KU KHALIRA mengesyaki UMI SIAH ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat UMI SIAH, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu RAJA SARAH pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. WADI mula mengesyaki juga UMI SIAH sehingga ada insiden yang berlaku buatkan WADI percaya UMI SIAH mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau UMI SIAH dari rumah. UMI SIAH cuba terangkan keadaan sebenar tetapi WADI tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. USTAZ BAKRI  ialah sahabat lama WADI sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. USTAZ BAKRI terasa unsur negatif itu di rumah WADI dan meminta WADI banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila WADI yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Nantikan kesudahannya dalam DAMPING MALAM .

Okayy , tuh antre cter Damping Malam . Fuhh~ penat tauuu . Papee pn enjoy reading . Haha . Panjang korang bace kea ? Suka hati korang lha nak bace kea tak . Btw , best hari nie dapat tgok cter-2 nie kat rumah dengan whole family akuu :) Hehe . Byebye . Soryy cter panjang sgt . Assalammualaikum :)